sikinisme: maaf dari hati

maaf dari hati

assalamualaikum


aku tak tau kenapa,tapi entahla.. aku berharap segalanya akan kembali normal,kembali sediakala. tiap kali aku balik ke sini,itu yang aku harapkan. tapi tak tau kenapa,segalanya makin merumitkan. segalanya makin menyesakkan. aku tak faham.

aku sentiasa berharap KAU akan kembalikan segalanya seperti sediakala,membuka hati-hati batu kami, tapi kenapa?kenapa segalanya tak seperti yang ku harapkan? tapi mungkin KAU sedang menentukan yang sebaiknya untuk kami bukan? aku akan menunggu dan terus berharap.

aku buat silap ke?ye..aku selalu memikirkan itu.salah ke bila aku hanya menegur bila orang itu menegur aku dulu?salah ke bila aku bercakap dengan orang yang bercakap dulu dengan aku?salah ke aku bila berselisilih dengan orang yang aku kenal,tapi aku hanya berdiam diri tanpa menegur mereka atau memaniskan muka?salah ke?kalau itu salah,mereka juga salah. kerana aku belajar dari mereka.aku belajar dari persekitaran aku.

aku rindu diri aku yang dulu. yes. aku rindu the old Noorul Aisikin yang bising,kecoh,suka membebel,gelak sampai tak ingat dunia. tapi aku dah penat jadi cheerleaders. aku terpaksa untuk menjadi cheerleaders,sebab kalau aku tak menjadi itu,tiada siapa yang akan bercakap dengan aku. ye mereka nampak aku gembira tapi hakikat dalam hati terluka. terluka sangat. aku juga punya perasaan.

aku berharap semua ini tak pernah berlaku.semua ini cuma mimpi. tapi hakikatnya ia terus berlaku sehingga aku tak tau di mana penghujungya. kalau dulu cuma satu,tapi sekarang menjadi dua. KENAPA?


maaf dari hati.



0 comments:

owned by noorul aisikin