sikinisme: my inspiration

my inspiration



*caution this is the longest post ever after.

assalamualaikum dan hello my awesome readers!hari ni internet lembap sangat macam siput. geram je.. tapi stop bebel tu,sebab hari ni tetiba nak buat segmen tribute to my dearest cikgu-cikgu yang pernah ajar aku waktu sekolah Menengah dulu.

nak tau kenapa aku sayang sangat kat cikgu-cikgu sekolah Menengah aku and my secondary friend as well? sebab diorang lah titik tolak kejayaan aku sekarang ni. okey tak delah berjaya sangat,tapi aku agak bangga dengan diri aku sekarang ni.

dulu masa aku sekolah rendah,serious aku student yang sangat tak menyerlah. even cikgu pun,aku rasa tak kenal aku kut.aku sangat pasif dan sebenarnya sangat tak yakin dengan diri sendiri sebab aku langsng tak pernah di beri ruang dan peluang untuk menyelah,yelah sebab aku second class student jadi cikgu tak berapa nak nampak. tapi kalau acara balapan macam lumba lari,haha itu aku punya :)

tapi bila dah masuk sekolah Menengah, selain still active dengan lumba lari,aku dapat joint dalam pelbagai aktiviti akademik yang lain. cikgu Mastura. yup cikgu cantik dan comel ni adalah cikgu pertama yang meng involve kan aku dalam pertandingan pengucapan seperti debat,syarahan dan pidato. dan kali pertama aku mewakili Sekolah dalam perbahasan adalah ketika tingkatan 2. dan ia menjadi batu loncatan aku untuk mewakili sekolah dalam bidang tu sampailah ke tingkatan 5. cuma ketika tingkatan 4,tempat cikgu Mastura diganti oleh cikgu Rahman, cikgu Rahman superb best!dia jurulatih debat dari SBPI Gombak sebelum berpindah ke sekolah bulat.eh?kenapa pulak tetiba ada nama sekolah bulat ni?ha!kalau korang nak tau sekolah aku juga dikenali sebagai sekolah bulat. sebab kami ada bangunan bulat :) anyway cikgu Rahman ni dia sangat komited. even masa pertandingan debat inter faculty masa tu pun aku sempat call dia untuk minta pendapat dan nasihat.

selain tu cikgu Marry Mugah, she's iban from Sarawak. dia merupakan guru kelas aku untuk 2 tahun berturut-turut dan disebabkan itu,dia suka suruh kami joint untuk buat persembahan tiap kali hari guru la,hari kemerdekaan la,hari kecemerlangan la. kali pertama kami buat persembahan adalah sketsa drama matahari. waktu tu kami tingkatan 2.kelakar betul. ami jadi matahari,ada yang jadi hujan dan awan. tapi yang paling aku tak boleh lupa adalah persembahan untuk hari kecemerlangan ketika aku tingkatan 3. tajuk sketsa tu insaf tak silap aku. yang joint sketsa tu semua adalah my bestfriend sendiri, ejal,zulhairi dan fadil. dan ada babak fadil kena menangis,korang tau dia guna apa untuk menangis?haha..dia guna minyak cap kapak. memang terbaik kan? waktu tu aku jadi Datin Marisa.haha tak boleh blah. Zulhairi jadi suami aku. sampai masa ambil hadiah pun PK HEM boleh cakap "owh.ni Datin tadi." :) selain tu masa form 2 kami ada mewakili sekolah dalam pertandingan projek warga dan alhamdulillah kami berjaya ke peringkat kebangsaan :) walaupun ramai yang memperlekehkan tajuk yang kami bawa. nak tau tajuk kami apa? kerosakan telefon awam di kawasan kuala langat. anyway walaupun kami punya tajuk maca entah pape,kami berjaya menjadi johan bagi peringkat Daerah. :) seronok sangat masa buat projek tu,sebab kalau dekat U dia ala-ala thesis la,macam assingment HR yang kena pergi company yang kita kaji tu. bayangkan kitorang kena berjalan kaki untuk ke Telekom sebab nak temuramah Encik Radhi kut nama dia..haha aku pun dah lupa. waktu tu yang pergi esreefa, aku,fadil and lagi siapa entah aku pun tak ingat.. :) tapi tulah the best moment dalam hidup aku dan itulah salah satu penyebab aku bertambah yakin dengan diri aku sekarang ni. bercakap dengan orang,utarakan pendapat dan brainstorming. semua tu menjadikan aku seperti aku hari ini. :)


gambar kenangan di Penang :) teka mana aku? ;p


"jangan besarkan masalah sehingga tak nampak impian di hadapan"

cikgu Suraya

"ingat mak ayah dan nasihat guru-guru"

cikgu Adila

"yakinkan diri dan teruskan hidup"

cikgu Rosli

itu antara nasihat mereka yang aku pegang sehingga sekarang :)

cikgu Suraya,aku pernah menangis giler-giler sebab dia,sebab nasihat dia sangat something to me.

cikgu Adila,cikgu akaun aku dari form 4 sampai form 5. sangat baik,sampai walaupun kami pernah terkantoi meniru masa exam akaun,dia still boleh maafkan kitorang. sebab tu aku takut nak meniru :)

cikgu Rosli,he's like my father. sangat rapat dari form 1 sampai form 5. kalau dia perlukan secretary je,mesti mintak tolong aku. dan kadang-kadang kalu nak ponteng kelas je,mesti pergi makmal KH poyo-poyo nak tolong dia.

rasa macam panjang giler je aku membebel hari nikan? semua ni adalah nukilan hati ku untuk guru yang tercinta :)

sekian untuk hari ini :)
good night all




0 comments:

owned by noorul aisikin