wahai hati
walaupun engkau sudah dilukai,
walaupun engkau sudah dikhianati,
walaupun engkau sudah disakiti,
janganlah engkau menjadi hati yang mati,
janganlah engkau menjadi hati yang dipenuhi benci,
janganlah engkau menjadi hati yang dipenuhi rasa dengki.
wahai hati,
isilah diri mu dengan keyakinan pada illahi,
hiasilah diri mu dengan nilai yang terpuji,
kawallah diri mu dari merosak diri.
wahai hati,
berikanlah diri mu pada yang layak memiliki,
jauhkan diri mu pada yang telah mengkhianati,
kuatkan diri mu dari kesedihan yang diberi.
wahai hati,
yakinlah bahawa ada yang sedang menanti,
seseorang yang telah ditentukan illahi,
tabahkan diri mu, kembali ke dunia realiti.
assalamualaikum

typed out by Noorul Aisikin Binti Mohd Yatim
1 comments:
udah2 la tu syggg...